Saturday, October 11, 2014

Umrah Ramadhan & Syawal ~ Part 6

Makkah Al Mukarmmah

29 Jul 2014 hari ke 2 di Makkah... Ulang alik ke Masjidil Haram ambil masa 20 minit juga la bagi orang sihat. Sambil berjalan lihat persekitaran teringat Hotel lama yang dulu tinggal seperti Hijjaz Palace dan Aber Garden. Tapak hotel pun dah tak ada dah sebab habis kena korek menjadi lubang besar. Betul la kata pepatah bila dah tak ada baru nak hargai. Tapi saya cukup bersyukur sekurang - kurangnya masih ada tempat tinggal.  Cuba bayangkan jemaah dari negara lain tidur dalam atau dataran Masjidil Haram je.. Beruntungkan..
 Alhamdulillah..




Umrah Tanaim
Kali ni merasa umrah di waktu pagi. Ustaz cakap hari ni akan laju sikit langkahnya sebab kita tak ramai 8 orang je...  ☺.


Teman en. Suami cukur kepala di sekitar hotel. Harga ntah nak kata mahal tak rasa nya SR 10. Sempat juga la borak mesra dengan tukang gunting rambut ni.




Ziarah Makkah

Jabal Rahmah- untuk dapatkan jodoh boleh berdoa disini.
Kat sini lah saya dan en. Suami kena tipu. Mungkin bukan rezeki kami. Redha walaupun dah bergaduh dengan hamba Allah ni.




Sunday, August 31, 2014

Umrah Ramadhan & Syawal ~ Part 5

Persiapan Umrah Pertama

- 2.30 petang bertolak ke Makkah
- 9.30 pagi letak beg di lobi ikut nama Mutawwif
- Mandi sunat ihram sebelum suboh
- Waktu zohor solat Jamak Takdim di Masjid Nabawi
- Ziarah wada' di Masjid Nabawi
- Pakai ihram sebelum jam 2.00 petang di Hotel
- Di Bir Ali baru pasang niat ihram







Umrah Pertama

Berdebar - debar.... Walau pernah pergi umrah sebelum ni saya dan en. Suami tetap rasa risau. 💯 % saya dan en. Suami letak pada kententuan Allah s.w.t.  Ya Allah permudahkan lah.
Tiba di Makkah awal tapi sebab jalam jem ke Hotel Heraa Palace ni jadi lewat gak la sampai. Ini disebabkan pembesaran kawasan Masjidil Haram dan runtuhan hotel - hotel lama di kawasan persekitaran Makkah jadi membuatkan jalan agak sesak. Alhamdulillah.. Umrah pertama selesai selepas azan pertama waktu subuh."Terima kasih wan bimbing akak dan abg serta jemaah yang lain".
Bila di ingat semula ... Allah Permudahkan umrah kami. Dengan Tawaf umrah 7 pusingan tak bersesak dan ambil masa tidak lama dengan langkah kaki yang pelahan saja. Saie 7 pusingan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di tingkat 1 juga tidak sesak sehingga suara wan dengar dengan jelas.  Kemudian tertib dan berdoa di Bukit Marwah. Last bergunting (tahalul) en. Suami gutingkan rambut saya lepas gunting rambut sendiri.
Alhamdulillah...  ya Allah. Syukur.

Saei


Alhamdulillah selesai umrah pertama 

Wednesday, August 20, 2014

Umrah Ramadhan & Syawal ~ Part 4

1 Syawal




Allahuakbar...  Subahanallah ramainya umat islam solat hari raya. Terutama wanita. Saya dan en. Suami terlambat sedikit jadi kami solat subuh di luar Masjid Nabawi. Alhamdulillah..  Allah perkenankan doa saya untuk solat hari raya di dalam Masjid Nabawi sementara en. Suami tak berjaya menyelinap masuk ke dalam Masjid Nabawi. Jadi solat raya di luar Masjid Nabawi sahaja. Kami tak sama tempat sebab di Madinah pintu masuk Masjid Nabawi lelaki tak sama dengan wanita.




Yang lain di sini takbir raya tak mendayu dayu macam di Malaysia.  Tapi tetap rasa sebak. Di sini wanita seperti biasa jubah hitam dengan solekan tebal. Mazhab lain kan boleh solat dalam make up. Anak anak kecil pula pakai baju raya ala ala princess 👸 lagi tu siap berdandan. Kemeriahan hanya untuk satu syawal sahaja. Tak hairan la  syawal ke 2 3 dah macam masih dalam bulan Ramadhan hehehe... Sebab disini sudah start puasa 6.
Bumbung Masjid Nabawi dibuka waktu tertentu sahaja 

Siling Masjid Nabawi ... Subahanallah 


Lepas solat raya.. Saya dan en. Suami bedal la jamuan raya di hotel. Pasang la lagu raya sekejap nak mood raya itu pun lepas ustaz Hazwan takbir raya. Subahanallah ..... Kalau tak sedap tak kan sampai pak arab dan anak anak orang arab siap cari empunya suara masa wan takbir raya". Proud my brother...

Friday, August 8, 2014

Umrah Ramadhan & Syawal ~ Part 3

MADINAH




Program hari ni ziarah dalam. Apa itu ziarah dalam? Maksudnya jemaah umrah akan dibawa ziarah di dalam Masjid Nabawi (Raudhah).Untuk jemaah lelaki akan ikut ustaz (Mutawwif)  jemaah wanita pula ada ustazah yang akan membimbing ke Raudhah.


Raudhah itu di mana?  Dalam Masjid Nabawi tapi untuk jemaah wanita bukan mudah nak masuk itu sebab perlu ustazah yang berpengalaman mengiringi. Nak ke Raudhah,  pintu masuk no. 25 tapi lalaun di dalam Masjid Nabawi nak ke Raudhah sentiasa berubah - ubah. Jadi tiada jawapan kenapa lalauan tak tetap.



Ustazah Hajah Hamidah Isa dah rapat dengan polis polis wanita di Masjid Nabawi. Jemaah Malaysia dan Indonesia di satukan untuk menunggu dan masuk bersama - sama.

Raudhah ni nak kenal ia berada di karpet warna hijau. Tetapi yang Raudhah sebenarnya di barisan 3 tiang putih kebiruan betul betul Makam Nabi Muhammad sebelah kiri wanita apa bila mengadap kiblat. Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan solat hajat dan solat sunat di barisan 3 tiang putih kebiruan. Syukur sangat - sangat. Alhamdulillah berkat saya sabar menungu jemaah wanita (mungkin pakistan @ india) yang hampir 30 minit solat keadaan duduk di depan saya. "tak apa la solat la dulu..mungkin Allah nak bagi saya peluang berdoa banyak banyak 😍".  Betul lah kata ustazah senang panggil cik midah (sebab dah kenal rapat) "ko berdoa banyak banyak kalau tak dapat solat lagi berdiri pun tak apa pula hari ni hari Jumaat Insyaallah dimakbulkan amin...) Elok je,  jemaah wanita depan saya ni bangun saya mula solat. Alhamdulillah...  Berjurai jurai air mata bila kita hamba kan diri kita pada sang Pencipta. Saya dapat rasa saya dekat dengan Allah.  Saya dapat rasa Rasuluallah sedang lihat saya. Ya Allah... dengan syafaat Rasuluallah s.a.w perkenankanlah doa ku. Janganlah jadikan ini ziarah terakhir ku dan suami ku.. Amin.




29 Ramadhan  , Ziarah luar dengan menaiki bas dibimbing oleh Mutawwif . Ziarah luar ni jemaah akan dibawa ziarah ke Masjid Quba kebetulan hari ni adalah hari sabtu merupakan hari Masjid Quba ini dibina. Masa yang diberi tak lama jadi Solat Tahayatul Masjid dan Solat Sunat.





Wednesday, August 6, 2014

Umrah Ramadhan & Syawal ~ Part 2

JEDDAH ke MADINAH 

Alhamdulillah selamat kapal terbang selamat landing seperti jadual. Lagi 5 minit je lagi dah nak masuk waktu berbuka. Itu pun saya tanya pada orang arab di imigresen. Tak risau sebab dalam bangunan pun boleh dengar azan. Akhirnya saya dan en. Suami berjaya berpuasa selama 19 jam. Syukur Alhamdulillah tiada masalah walaupun saya ada gastrik. Itu lah kalau niat kita hanya kerana Allah swt pasti dipeemudahkan. Berbuka la dengan 2 biji kurma dan air mineral sementara singgah tempat makan.  






Nak clear imigresen bukan mudah. Walaupun umrah bas 1 saya dan en. Suami hanya 24 orang jeamaah saja tapi kami lah yang paling last sekali bergerak ke Madinah selama 6 ke 7 jam daripada bas 2 3 4 & 5 bergantung kepada kelajuan driver bas.

Ini lah mutawwif group kami
Mutawwif bas 1,  Hazwan Safwan bin Mohd Kasturi.
Terdetik dalam hati. Bagusnya Mutawwif Malaysia ni. Bukan Mutawwif bas 1 saja Mutawwif bas 2 3 4 & 5 pun bagus. Disebabkan masing - masing jemaah letih jadi tidur sahaja lah dalam bas sehingga tiba di R&R tapi tak sama macam di Malaysia tapi masih boleh dikatakan selesa jika dibandingkan di kawasan Jeddah.

Tiba Madinah disambut oleh Ustaz Firdaus Tan. Staff Andalusia Madinah.  Pengagihan kunci dan beg di buat oleh Mutawwif. Ok bilik saya dan en. Suami tingkat 216.


Kunci bilik Madinah




Lobi Mubarak Silver Madinah


Kaunter Mubarak Silver 








Tuesday, August 5, 2014

Umrah Ramadhan & Syawal ~ Part 1

KLIA

Selfie sebelum masuk perut kapal terbang
Saya dan en. Suami,  Insyaallah akan berlepas ke Tanah Suci. Alhamdulillah dapat merasa akhir ramadhan & sambut syawal di sana.

Tiada perkataan yang boleh digambarkan hanya Allah s.w.t. sahaja tahu perasaan ini.
  
Boarding pass done


Visa umrah - valid 13 hari sahaja 



Group 24 Jul - 4 Ogos 2014 (Saudi Airlines)
Group umrah kali ni seramai 194 jemaah termasuk 5 Mutawwif (lebih kurang tour guide + pembimbing umrah).
Saya dan en. Suami dicide naik teksi saja ke KLIA (tak nak susahkan orang) terharu sebab mak usu dan pak usu offer untuk hantar ke KLIA. Alhamdulillah... Allah permudahkan satu urusan saya dan en. Suami.



Kapal terbang ni la yang saya dan en. Suami nak naik
Lagi bertambah terharu staff umrah (direct team) ada sekali menghantar saya dan en. Suami. Saya pun tak menjangka yang begitu ramai staff yang turun padang. Terima kasih semua.


Sebahagian staff yang sanggup datang menghantar saya dan en. Suami 





Sunday, November 17, 2013

Tawadhu`nya Nabi SAW





"Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sangat tawadhu` orangnya, yakni suka merendahkan dirinya terhadap orang lain. Sifat mulia ini sangat asing ada pada ramai manusia, apatah untuk dijumpai sifat ini pada seorang ketua, pemimpin atau seumpamanya.


Namun sifat ini sangat subur terpancar dari jiwa Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam yang bukan sahaja merupakan Pesuruh ALLAH, juga merupakan seorang pemimpin negara yang sangat berwibawa. Membuatkan manusia yang menemuinya pasti berasa terhormat dan jatuh cinta.
Apabila berjalan, pandangan mata Baginda akan selalu memandang menunduk ke tanah.

Apabila berjalan dengan sahabat-sahabatnya, Baginda selalu memilih untuk berjalan di belakang. Bukan di depan seperti sebahagian raja atau pemimpin yang berjalan dengan megah di hadapan pengikut-pengikutnya.

Apabila makan, Baginda selalu akan berkongsi makanan dengan orang lain dan makan bersama-sama mereka di dalam bekas yang sama.

Baginda tidak membazirkan makanan. Makanan yang dihidangkan padanya dihabiskan sehingga licin bukan sahaja pada bekasnya bahkan juga di jari-jarinya juga Baginda sisip sehingga licin. Betapa Baginda menghargai rezeki yang dikurniakan buatnya.

Apabila bertemu dengan orang di jalanan, sentiasa Baginda memulakan ucapan salam terlebih dahulu kepada orang lain, hatta kepada kanak-kanak sekali pun.

Apabila Baginda bercakap dengan orang lain, Baginda akan mengadapkan tubuh dan dadanya tepat kepada orang yang bercakap dengannya, tidak sekadar memaling muka. Baginda cukup hormat dan mesra dengan orang lain. Perbuatan Baginda ini membuatkan semuan yang bercakap dengannya rasa dihormati, diberikan perhatian dan dihargai.

Baginda tidak mengecewakan permintaan orang lain samada permintaan itu berbentuk pertolongan atau permintaan harta benda.

Baginda selalu senyum dan berwajah manis apabila menemui orang.

Baginda juga selalu bergurau senda dengan ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Baginda memakai pakaian yang sangat sederhana. Tidak memakai pakaian yang mempunyai ciri kemegahan atau kebesaran.

Baginda sentiasa menjaga air muka yakni perasaan orang yang berada di sekelilingnya.

Apabila membuat keputusan untuk masyarakatnya, Baginda tidak bersifat diktator dengan kuasanya, bahkan selalu meminta pandangan orang lain untuk dipertimbangkan.
Apabila para sahabat ingin bangun memberikan penghormatan kepada Baginda ketika Baginda masuk menemui mereka, Baginda akan menegah mereka kerana Baginda tidak mahu dirinya diberikan penghormatan seperti raja-raja di istana.
Dengan Tuhannya, Baginda sentiasa memohon ampun dan rahmat ALLAH sepanjang masa. Beribadah dengan penuh kerendahan dan kesungguhan mengharap agar Baginda diangkat menjadi hamba ALLAH yang paling dekat dan dikasihi olehNYA, Tuhan Sekalian Alam.
Banyak lagi contoh sifat tawadhu` Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang digambarkan para sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in. Yang tersenarai di atas cuma sebahagian ringkasan daripadanya sahaja.

Sifat tawadhu` Baginda sudah cukup untuk membuatkan Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam disayangi oleh ahli keluarga, para sahabat dan semua yang mengikutinya. Bahkan disegani oleh orang-orang yang membenci ajarannya. Penduduk bumi dan langit semua mengasihinya.

Itu cuma sebahagian sifat tawadhu` Baginda yang sempat disenaraikan, belum lagi kita bicarakan sifat-sifat mulianya yang lain. Mudah-mudahan menjadi contoh buat kita semua, in shaa’ ALLAH.

أللهم صل على محمد و على آل محمد