Monday, August 13, 2012

s.A.h.A.b.A.t


Serius aku rindu memori ini. Ni la geng aku masa sekolah. Nak dijadikan cerita memang satu kepala la.. ala budak-budak sekolah kan zaman tu.

Ok baik aku kenalkan dulu yang paling cute ber T-shirt pink ni AKU lah (SHIMA) , sebelah AKU DAIA, kemudian ZALINA, belakangnya YANA dan di sebelah IDA. 

Ni masa baru lepas exam rasanya, masing-masing nak hilangkan tensoin so selebret makan kat sini (aku sebenarnya lupa nama restoran ni yang pasti restoran makanan segera). Lagi satu bayar sendirian berhad, almaklumlah... masing-masing duit pun minta mak bapak lagi.


Kitaorang ni nak kata pelajar yang paling pandai di sekolah tak juga la.. masa form 5 kitaorang amik kos ERT (EKONOMI RUMAH TANGGA) kalau nak tahu kelas kitaorang ada 3 saja lelaki, tu pun aku rasa depa ni terpaksa amik kos ni tapi walau depa lelaki menjahit & masak teror la gak. 


Walau pun kitarong rapat dan geng la senang maksudnya kan, kitaorang ni tak sama Persatuan Uniform masa di sekolah. Lupa plak nak cakap, nama sekolah kitaorang SMKP T.L.D.M . Jangan pelik nama je ala - ala tentera tapi bapak-bapak kitaorang je tentera. Subjek matapelajaran sama je dengan sekolah lain. Macam IDA & YANA kedet Pandu Puteri (ntah apa yang dipandu) hahaha...

 Gambar kat atas ni masa ni AKU & DAIA melarikan diri dari kawat kaki PKMB (L) semata - mata nak join persatuan PANDU PUTERI berbasikal ke Teluk Batik dari sekolah.

 AKU & DAIA pula Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBM  L) alah senang cakap NAVY la.... 


Gambar ni masa Hari Sukan AKU & DAIA macam biasa baru lepas kawat kaki. Penat gilerr... Tengok la ada je YANA & IDA mesti bagi "support" pada kami.  























 Tengok.... kitaorang ni memang giler-giler bergambar tak kisah lah atas tangga ke.. Masa ni masih pakai kamera berkodak lagi :) . Yang penting AKU & YANA tetap "peace".  si IDA & DAIA tak payah cakap senyum tak nampak gigi je konon manis la tu hehehe....

ok aku kenalkan satu persatu S.A.H.A.B.A.T  aku .....................



Ini YANA....


Nama sebenar ISMALIANA BINTI ISMAIL paling manja panggil Yana. 

Dia ni adik beradik ada 2 orang je. Anak sulong dan ada adik lelaki.
Tak silap aku besday dia 17 Mei 1986 ... asal orang Pahang.
Dia ni paling lembut di antara kami semua. Jangan tak tahu dalam - dalam lembut bila ketawa baru tahu siapa dia sebenarnya..kalau dia ketawa sampai keluar air mata maksudnya lawak betul la tu hehehe.. 
YANA ni baik... tak pernah la marah - marah & tinggikan suara sepanjang AKU kenal dia. Seoarang yang pemaaf dan tak kisah orang nak kata apa. 
Masih single tapi no available ye...  
Masih still di Perak dan kerja kerajaan KESIHATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN.
YANA .. aku memang suka jadi SAHABAT kau.  

Kemudian .. IDA

Nama dia ni sebenarnya NORAIDAH BINTI  YUSOFF tapi paling tak suka bila kitaorang panggil dia dengan nama AIDA ntahlah katanya nama tu tak best jadi kena lah panggil IDA. 
Asal dia ni orang IPOH dan lahir pada 24 Oktober 1986.
Haaa.... si IDA ni kalau nak tahu paling lah  bechok yang ada je lawak & gosip. Dia ni pun suka gak ketawa macam kitaorang semua dan ada je benda nak buat cerita jadi lawak. 
IDA ni Pengawas Sekolah .. ada ciri - ciri seorang pemimpin. 
IDA ni ada 2 orang kakak dan seorang adik lelaki, kira dia ni anak no. tengah.
Satu lagi, sepanjang AKU kenal  IDA ni... dia tidak akan berambut panjang. Dia akan pastikan rambut dia pendek tapi tu zaman sekolah , sekarang ni aku tak berapa pasti.
IDA ni ramai peminat tau .. dan skandal (alahh.. gosip-gosip zaman sekolah) tapi dia ni bukan jenis melayan ... 
Sekarang IDA dah kerja di IMIGRESEN rasanya di KELANTAN. 
IDA.. aku rasa BEST jadi SAHABAT kau .. :) 


Ini pulak .. DAIA

Nama DAIA , NURHIDAYAH BINTI HARIDAN. seorang SAHABAT aku yang paling - paling satu kepala la..

Kebetulan nama mak kitaorang sama MARIAM , sampaikan emak dia ni dah macam mak aku plak. Anak sulong dari 3 beradik , adik lelaki dan adik perempuan.
Hari jadi dia 28 Ogos 1986 asal orang Johor.
DAIA ni masa sekolah suka melawa .. dia akan memakai 'founditon' sebelum ke sekolah. Kalau nak tahu, aku belajar dengan dia la mencantikkan diri. 
Seorang yang setia pada yang satu. Pernah dia hantar surat pada 'pakwe' sampai 5 keping stem sebab dia ingatkan itu cara untuk pos laju ... aduhaiii..DAIA.
Sudah berkahwin dan DAIA lah yang dah ada seorang anak perempuan antara kami semua. 
Dedulu kami ni panggil dia dengan nama DAYAH jer.. tapi lepas keluar iklan sabun DAIA terus la dia pun bertukar nama, ini lah sejarah nama dia hehehe.. 
DAIA ni pun lagi la hantu gelak, apa saja la AKU & AIDA termasuk YANA buat lawak ke dia lah paling kuat sekali gelak dengan badan - badan sekali gelak.. Dah lah bukan badan je gelak, tangan pun gelak sekali siap pukul-pukul ni sebab geli hati sangat.   
Sekarang walau dah jadi ibu , DAIA masih kerja . Ye la anak dah sorang taraf hidup dah tinggi sorang je keja tak mampu so bantu suami tambahkan rezeki. Insyaallah rezeki anak ada je DAIA.
DAIA terima kasih jadi SAHABAT AKU & tak pernah lupa AKU. 



 Ok yang ini , ZALINA 

Jangan pelik kenapa tak banyak gambar ZALINA ni.. Ok dia ni lepas je form 3 terus masuk Sekolah Teknik (alah.. lupa la sekolah apa tapi di Perak la). Kos tetap sama ERT, cuma di antara kami semua dia terpilih masuk sekolah teknik. Tapi walau pun dia tak sama sekolah lagi, bila cuti sekolah mesti lepak - lepak dengan kami semua. 

ZALINA BINTI TARMIZE nama penuh dia. Anak sulong dari 7 orang adik beradik ( 3 perempuan dan 4 lelaki). 
11 Jun 1986 hari lahir dia.. tak pernah lupa tau ... 
ZALINA ni seorang yang tegas dalam diam. Tengok je macam pendiam, sekali jerit ........ Mungkin sebab adik beradik ramai salah satu sebab dia macam ni kot.
ZALINA ni di tempat kerja orang panggil dia EYNA , glamour kau mak jemah .. tapi aku still tak boleh nak panggil dia EYNA sebab dah terbiasa ZALINA. 
ZALINA seorang yang berhati lembut sebenarnya, tengok luaran nampak kasar tapi suka simpan perasaan. Dan ZALINA bukan jenis cerita tentang perasaan tapi jenis bila kita bertanya dia akan cerita. ZALINA... ZALINA.  
Zalina ni la yang paling dekat dengan rumah mak aku di PERAK. Orang yang sederhana je.. sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Insyaallah.
Di antara yang lain ZALINA sampai sekarang dekat dengan AKU. Sama satu tempat kerja di KUALA LUMPUR. AKU lah ajak dia merantau sampai bila nak duk PERAK je..
ZALINA , sayang AKU sebagai SAHABAT pada kau dah macam adik beradik.  



So.. tentang AKU ? 

NOOR HASHIMAH BINTI RIDZUAN  lebih senang panggil SHIMA. Nama facebook / blog SHE MA SAKURA. 

AKU dilahirkan di Hospital Lumut , Perak pada tanggal 26 November 1986. AKU ada 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Ketawa , gelak , gosip , cipta lawak dan otak giler-giler memang makanan AKU la. 
AKU memang suka happy .. kusutlah bila duk pikir masalah duniawi. 
AKU ni seorang sensitif juga, mudah tersentuh hati ... tapi pandai cover la....
Sudah berkahwin dan masih belum dapat rezeki (anak) daripada Allah.
Bekerja di KUALA LUMPUR dengan syarikat swasta.  
AKU seorang yang betul - betul menghargai erti PERSAHABATAN. 




YANA , DAIA , IDA & ZALINA sayang dan rindu nya dengan engkau orang.

Terima kasih SAHABAT kenangan kita bersama AKU tak mungkin akan dilupakan. 

Rasa nak peluk - peluk je bila bertemu.

AKU doakan korang berjaya & bahagia dalam hidup. 

KAWAN , TEMAN , RAKAN & SAHABAT mungkin bagi sesetengah orang sama je. Tapi bagi AKU ia amat berbeza. Dalam ceta AKU ni AKU kategorikan ia SAHABAT.



No comments:

Post a Comment