Monday, August 20, 2012

$#@!%^&*(+=)?><:

Kenapa ye hati aku sekarang ni tak seceria seperti tahun - tahun lepas. Selalunya lama je bercuti mesti bersemangat dan tak sabar nak mulakan kerja di hari baru. Rasa macam nak hidup udara tempat baru. Satu persatu kawan - kawan pergi tinggal kan kami semua. Tiada maaf ke bagi mereka? Kesalahan yang aku rasa tidak lah sebesar mana pun. Yes customer is always right !!!! tapi parah lah hidup kalau customer pun tak faham bahasa malah semua manusia dalam muka bumi Allah ni pernah jadi customer. Jadi mana budaya hidup kita di Malaysia?

Sebenarnya bukanlah terjadi pada aku, tapi simpati pada mereka yang teraniya. Aku?? pun patut kasihankan pada diri aku. Tapi macam yang aku cakap , badan je ada tapi jiwa aku dah seakan mati. 

Kita ni pandaikan bercakap soal ETIKA tapi kita sendiri tak ber ETIKA. Macam mana tu ? Kita ni tak mengaku salah kita tapi terang - terangan bak kata pepatah dah terang lagi bersuluh masih tak mengaku salah sendiri sebaliknya lepaskan kesalahan itu pada orang lain? Bukan soal orang bawahan ke , orang atasan ke , orang kerajaan ke , orang swasta , orang awam ke , orang kampung mahu pun orang - orang ...
Aku memang jelak sangat ... Aku ingatkan zaman pilih kasih ni terjadi dalam keluarga je maksudnya mak ayah membeza - bezakan anak-anak, rupanya tempat mencari rezeki halal pun ada ? Ye la tak semua sempurna tapi perlu ke terang - terangan memuji si polan (yang kuat) pada si polan (yang lemah). Yang aku pelik si kaki bodek tak plak kenal ek? si kaki pemberontak kenal plak ? apa lagi yang mampu buat turut je lah selagi mampu dikandung badan.

Kalaulah IKHLAS tu boleh ditunjuk , boleh di pamer..... dah lama aku bagi tunjuk
tapi .......... mana mungkin boleh tunjuk, kalau tunjuk tak adalah makna ikhlas.
kalau diungkit dengan apa yang aku lakukan pengorbanan pun tak baik kan ?
aku tak kuat macam orang lain yang berani mencuba nasib. 
aku takut aku jadi bosan dengan rutin harian aku sekarang ni sampaikan aku jadi menyampah sangat.
Ya Allah kuatkan lah emangat aku. 

Monday, August 13, 2012

s.A.h.A.b.A.t


Serius aku rindu memori ini. Ni la geng aku masa sekolah. Nak dijadikan cerita memang satu kepala la.. ala budak-budak sekolah kan zaman tu.

Ok baik aku kenalkan dulu yang paling cute ber T-shirt pink ni AKU lah (SHIMA) , sebelah AKU DAIA, kemudian ZALINA, belakangnya YANA dan di sebelah IDA. 

Ni masa baru lepas exam rasanya, masing-masing nak hilangkan tensoin so selebret makan kat sini (aku sebenarnya lupa nama restoran ni yang pasti restoran makanan segera). Lagi satu bayar sendirian berhad, almaklumlah... masing-masing duit pun minta mak bapak lagi.


Kitaorang ni nak kata pelajar yang paling pandai di sekolah tak juga la.. masa form 5 kitaorang amik kos ERT (EKONOMI RUMAH TANGGA) kalau nak tahu kelas kitaorang ada 3 saja lelaki, tu pun aku rasa depa ni terpaksa amik kos ni tapi walau depa lelaki menjahit & masak teror la gak. 


Walau pun kitarong rapat dan geng la senang maksudnya kan, kitaorang ni tak sama Persatuan Uniform masa di sekolah. Lupa plak nak cakap, nama sekolah kitaorang SMKP T.L.D.M . Jangan pelik nama je ala - ala tentera tapi bapak-bapak kitaorang je tentera. Subjek matapelajaran sama je dengan sekolah lain. Macam IDA & YANA kedet Pandu Puteri (ntah apa yang dipandu) hahaha...

 Gambar kat atas ni masa ni AKU & DAIA melarikan diri dari kawat kaki PKMB (L) semata - mata nak join persatuan PANDU PUTERI berbasikal ke Teluk Batik dari sekolah.

 AKU & DAIA pula Persatuan Kadet Bersatu Malaysia Laut (PKBM  L) alah senang cakap NAVY la.... 


Gambar ni masa Hari Sukan AKU & DAIA macam biasa baru lepas kawat kaki. Penat gilerr... Tengok la ada je YANA & IDA mesti bagi "support" pada kami.  























 Tengok.... kitaorang ni memang giler-giler bergambar tak kisah lah atas tangga ke.. Masa ni masih pakai kamera berkodak lagi :) . Yang penting AKU & YANA tetap "peace".  si IDA & DAIA tak payah cakap senyum tak nampak gigi je konon manis la tu hehehe....

ok aku kenalkan satu persatu S.A.H.A.B.A.T  aku .....................



Ini YANA....


Nama sebenar ISMALIANA BINTI ISMAIL paling manja panggil Yana. 

Dia ni adik beradik ada 2 orang je. Anak sulong dan ada adik lelaki.
Tak silap aku besday dia 17 Mei 1986 ... asal orang Pahang.
Dia ni paling lembut di antara kami semua. Jangan tak tahu dalam - dalam lembut bila ketawa baru tahu siapa dia sebenarnya..kalau dia ketawa sampai keluar air mata maksudnya lawak betul la tu hehehe.. 
YANA ni baik... tak pernah la marah - marah & tinggikan suara sepanjang AKU kenal dia. Seoarang yang pemaaf dan tak kisah orang nak kata apa. 
Masih single tapi no available ye...  
Masih still di Perak dan kerja kerajaan KESIHATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN.
YANA .. aku memang suka jadi SAHABAT kau.  

Kemudian .. IDA

Nama dia ni sebenarnya NORAIDAH BINTI  YUSOFF tapi paling tak suka bila kitaorang panggil dia dengan nama AIDA ntahlah katanya nama tu tak best jadi kena lah panggil IDA. 
Asal dia ni orang IPOH dan lahir pada 24 Oktober 1986.
Haaa.... si IDA ni kalau nak tahu paling lah  bechok yang ada je lawak & gosip. Dia ni pun suka gak ketawa macam kitaorang semua dan ada je benda nak buat cerita jadi lawak. 
IDA ni Pengawas Sekolah .. ada ciri - ciri seorang pemimpin. 
IDA ni ada 2 orang kakak dan seorang adik lelaki, kira dia ni anak no. tengah.
Satu lagi, sepanjang AKU kenal  IDA ni... dia tidak akan berambut panjang. Dia akan pastikan rambut dia pendek tapi tu zaman sekolah , sekarang ni aku tak berapa pasti.
IDA ni ramai peminat tau .. dan skandal (alahh.. gosip-gosip zaman sekolah) tapi dia ni bukan jenis melayan ... 
Sekarang IDA dah kerja di IMIGRESEN rasanya di KELANTAN. 
IDA.. aku rasa BEST jadi SAHABAT kau .. :) 


Ini pulak .. DAIA

Nama DAIA , NURHIDAYAH BINTI HARIDAN. seorang SAHABAT aku yang paling - paling satu kepala la..

Kebetulan nama mak kitaorang sama MARIAM , sampaikan emak dia ni dah macam mak aku plak. Anak sulong dari 3 beradik , adik lelaki dan adik perempuan.
Hari jadi dia 28 Ogos 1986 asal orang Johor.
DAIA ni masa sekolah suka melawa .. dia akan memakai 'founditon' sebelum ke sekolah. Kalau nak tahu, aku belajar dengan dia la mencantikkan diri. 
Seorang yang setia pada yang satu. Pernah dia hantar surat pada 'pakwe' sampai 5 keping stem sebab dia ingatkan itu cara untuk pos laju ... aduhaiii..DAIA.
Sudah berkahwin dan DAIA lah yang dah ada seorang anak perempuan antara kami semua. 
Dedulu kami ni panggil dia dengan nama DAYAH jer.. tapi lepas keluar iklan sabun DAIA terus la dia pun bertukar nama, ini lah sejarah nama dia hehehe.. 
DAIA ni pun lagi la hantu gelak, apa saja la AKU & AIDA termasuk YANA buat lawak ke dia lah paling kuat sekali gelak dengan badan - badan sekali gelak.. Dah lah bukan badan je gelak, tangan pun gelak sekali siap pukul-pukul ni sebab geli hati sangat.   
Sekarang walau dah jadi ibu , DAIA masih kerja . Ye la anak dah sorang taraf hidup dah tinggi sorang je keja tak mampu so bantu suami tambahkan rezeki. Insyaallah rezeki anak ada je DAIA.
DAIA terima kasih jadi SAHABAT AKU & tak pernah lupa AKU. 



 Ok yang ini , ZALINA 

Jangan pelik kenapa tak banyak gambar ZALINA ni.. Ok dia ni lepas je form 3 terus masuk Sekolah Teknik (alah.. lupa la sekolah apa tapi di Perak la). Kos tetap sama ERT, cuma di antara kami semua dia terpilih masuk sekolah teknik. Tapi walau pun dia tak sama sekolah lagi, bila cuti sekolah mesti lepak - lepak dengan kami semua. 

ZALINA BINTI TARMIZE nama penuh dia. Anak sulong dari 7 orang adik beradik ( 3 perempuan dan 4 lelaki). 
11 Jun 1986 hari lahir dia.. tak pernah lupa tau ... 
ZALINA ni seorang yang tegas dalam diam. Tengok je macam pendiam, sekali jerit ........ Mungkin sebab adik beradik ramai salah satu sebab dia macam ni kot.
ZALINA ni di tempat kerja orang panggil dia EYNA , glamour kau mak jemah .. tapi aku still tak boleh nak panggil dia EYNA sebab dah terbiasa ZALINA. 
ZALINA seorang yang berhati lembut sebenarnya, tengok luaran nampak kasar tapi suka simpan perasaan. Dan ZALINA bukan jenis cerita tentang perasaan tapi jenis bila kita bertanya dia akan cerita. ZALINA... ZALINA.  
Zalina ni la yang paling dekat dengan rumah mak aku di PERAK. Orang yang sederhana je.. sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Insyaallah.
Di antara yang lain ZALINA sampai sekarang dekat dengan AKU. Sama satu tempat kerja di KUALA LUMPUR. AKU lah ajak dia merantau sampai bila nak duk PERAK je..
ZALINA , sayang AKU sebagai SAHABAT pada kau dah macam adik beradik.  



So.. tentang AKU ? 

NOOR HASHIMAH BINTI RIDZUAN  lebih senang panggil SHIMA. Nama facebook / blog SHE MA SAKURA. 

AKU dilahirkan di Hospital Lumut , Perak pada tanggal 26 November 1986. AKU ada 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan.
Ketawa , gelak , gosip , cipta lawak dan otak giler-giler memang makanan AKU la. 
AKU memang suka happy .. kusutlah bila duk pikir masalah duniawi. 
AKU ni seorang sensitif juga, mudah tersentuh hati ... tapi pandai cover la....
Sudah berkahwin dan masih belum dapat rezeki (anak) daripada Allah.
Bekerja di KUALA LUMPUR dengan syarikat swasta.  
AKU seorang yang betul - betul menghargai erti PERSAHABATAN. 




YANA , DAIA , IDA & ZALINA sayang dan rindu nya dengan engkau orang.

Terima kasih SAHABAT kenangan kita bersama AKU tak mungkin akan dilupakan. 

Rasa nak peluk - peluk je bila bertemu.

AKU doakan korang berjaya & bahagia dalam hidup. 

KAWAN , TEMAN , RAKAN & SAHABAT mungkin bagi sesetengah orang sama je. Tapi bagi AKU ia amat berbeza. Dalam ceta AKU ni AKU kategorikan ia SAHABAT.



ohhh ..MARIAH CAREY

Niat nak beli "perfume" tapi tak tahu lah nak pilih bau apa , jenama apa. 
Ni .. la satu 'peel' aku tak boleh beli apa saja barang dengan keadaan yang terlalu ramai orang. Tau je la SOGO macam mana kan... Relax shima.. jangan nak kelam kabut tenang kan diri buat je macam kau sorang je dalam SOGO ni .. 

Pada asalnya nak beli KENZO FLOWERS je tapi fikir balik apa salah try yang baru kan. lagi pun KENZO FLOWERS langsung tak nampak dalam SOGO ni. Pelikkan tak kan tak ada. Cari punya cari jumpa.. tapi dalam satu set "perfume" lelaki. Buatnya set lelaki tak wangi jenuh la husband aku tak nak pakai membazir plak, lagi pula boleh tak kat 'booth' ni tak ada 'salesman'? 

Aku pun berjalan dengan relax , sambil mengangkut barang-barang shopping yang boleh lah nak dikatakan rimasnya.:) Husband aku seperti biasa akan menurut je mana aku mengatur langkah. Sampailah satu "booth" yess.. tak ada orang.. Salegirl ni pun rekemen la kat aku satu persatu "perfume" ni.. tak wangi.. aduhh.. hidung plak dah tak berfungsi untuk bau, biji kopi tak ada plak. Layan je la..aku ni senang je tak pilih "brand" la sangat tapi aku lebih pentingkan wangi dan botol yang cantik hehehe.. mata aku beralih pada yang lain. Dalam hati berkata-kata tak payah la nak berangan nak beli semua tak wangi je. 


Tetiba mata aku terpandang lah kat satu "perfume" ni.. cantik plak botol dia harap bau pun wangi macam botol dia. Kak .. test yang ni boleh? pisss.. dia pun sembur kan ke kad kecik. Wangiii... sambil tersenyum pandang my husband. 

Tanya punya tanya oohhhh... MARIAH CAREY. 
Jadi MARIAH CAREY la aku pas ni hahahaha ...

Monday, August 6, 2012

tHaNk U IrMa HaSmiE

' hello .. boleh cakap dengan kak shima ..'
'aaaaaaaa.... irma hasmie... selamat pengantin baru '
'terima kasih ..'
'jangan la panggil kak shima hehehehe...cantiknya dia.. lawa sangat , happy je tengok irma bahagia... 
' jemputla datang kat Kelab Darul Ehsan ..'
'alamak kat mana tu ..
'ala dekat je dengan ofis shima ..
'baru je bercerita pasal irma , budak2 ni duk tanya kak shima tak dapat jemputan ke. ye la sape la kak shima ni kan irma nak jemput ntah ingat ntah tidak '
'ish ada plak cakap macam tu ini pun banyak tertinggal jemputan tau'
' ye ke insyaallah ... boleh datang ramai-ramai ke dah la tak ada kad malu ..?' 
'boleh datang la...tak payah kad .. datang je'
'malu la pula... 
'ala apa nak malu datang je.. datang tau bawa hadiah hehhe .. 



best kan .. jangan jeles hehehe.. aku manusia pertama dengan muka selamba naik pentas meja makan pengantin itu Irma yang suruh , aku ni tak da la berani sangat... hahaha ..


 Kad ini bukan aku seorang je dapat , semua yang hadir dapat sorang satu yang diletak setiap meja makan.


sempat la berborak ni pun aksi spontan .. tak pe gambar tak berapa yang penting ada Irma dan Reza .. 
aku ada  .. kau ado ?? hahahaha .... credit to ainna 


orang k.u.a.t aku ni .. si ainna dan eja ... nak jugak .. amikkk .. 
p/s : hencem kan suami Irma, Reza ... oppss puji je anugerah Allah :)


betul tak cakap aku ? siap buat Q , beratur nak amik gambar dengan Irma & Reza punya pasal sanggup mak jemah



Tak sangka u alls .. ingat gak irma pada aku. Sebenarnya kenal irma ni pun masa dia mula-mula nak menunaikan umrah yang pertama dia pada 15 februari 2011. Sebelum tu pun ada la contact itu pun pasal pakej umrah dia. Dah terbiasa dia panggil aku "KAK SHIMA" walaupun aku tahu dia lebih tua daripada aku. .hehhee.. Mana tak nya dah tentu aku lebih ''BESAR'' daripada dia kan hahahha... lawak la masa tu. Nak tegur sian plak malu dia karang .. 

Mana boleh aku  lupa ,  aku siap salah eja tiket flight Kuala Lumpur  ke Jeddah IRMA HASMEI / IBRAHIM MRS boleh plak aku sesuka hati switch I dan E  sepatutnya IRMA HASMIE / IBRAHIM MRS ... nasib irma tak marah, dia cuma tanya tak pe ke nama saya salah terbalik I dan E ? aku plak masa tu confident la jawap tak pe sikit je tu .... Irma just senyum , tak pe la kalau tak ada masalah ..ok kak shima terima kasih . 

Lepas balik umrah pun ada la contact aku itu pun pasal pakej umrah je.. then dia pergi lagi kali ke 2 pada bulan Ramadhan. 

Sampailah di KLIA , airport duty aku time tu Irma pergi Umrah Ramadhan. Irma malu teramat sangat bila si Amran tegur 'Irma , dia (shima) baru 25 tahun ...nape panggil kak shima'. Apa lagi merah la muka Irma.. hahahaha...




Sunday, August 5, 2012

II KOSONG II


Dalam tak SEDAR bait - bait lagu ni membuatkan aku lebih BERSEMANGAT .. siap jadikan ringtone hp aku lagi ..
K  O  S  O  N  G  ...............................................

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu

Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong










K.E.C.E.W.A


Ya Allah semoga apa yang berlaku ini terselit hikmanya ya Allah. Aku berharap sangat..
Maafkan aku kerana ada perasaan ini

Hampir semalaman aku berfikir dan memunajatkan diri tanpa bertanya pendapat orang lain
Apa yang aku dapat dan apa yang aku tak dapat
Apa yang aku terima dan apa yang aku tak terima
Apa yang dipanggil rezeki dan apa yang dipanggil bukan rezeki

Aku akui perasaan aku kacau
Fikiran aku bercelaru
Macam-macam yang bermain dalam kepala otak
Semua yang aku buat tak jadi
Ahh... aku kena mengadu pada yang Esa

Satu suara menyentuh dilubuk hati
Mungkin suara iman aku sendiri
Redha dengan apa yang ada
Syukur dengan apa yag diterima
Bakar rasa iri hati , cemburu & berperangsaka buruk
Positif lah dalam hidup
InsyaAllah aku akan tenang