Tuesday, September 25, 2012

TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi

Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah

Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami



Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung

Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Thursday, September 20, 2012

Novel & Aku


Sudah mula lah era melayan hobi aku yang tertangguh dek kesibukan kerja.
 
 

kata orang - orang (yang tak minat novel) novel ni sesuai untuk orang yang jiwang je ...
opps .. silap tu
sekarang ni pun dah berlambak seh novel selain cinta cintan ni ...
tak hairan la bila layan novel sampai boleh ketawa dan sengih sorang - sorang
 
dedulu aku ingat lagi masa layan novel ombak rindu masa tu aku form 5 siap kena sound dengan cikgu math aku , mana tak nye dengan selamba aku cakap kat cikgu aku ..
" cikgu .. tengok saya baca novel setebal ni  kalau buku math tu sama je tebal tapi tak lalu la nak abis sume ..."
 
 
Ombak Rindu ni .. kalau orang tak tahu dia ada 3 sambungan ...
 
colour puple la (Ombak Rindu)  buku pertama yang buat aku tangkap nangis la.. kebanyakkan dalam cerita yang telah di filemkan dari buku ni.
 
kemudian colour  biru (ke2) (Cinta Tiada Akhirnya)  dan colour kuning (ke3) (Rindu Cintaku) ... tetap menyentuh perasaan la beb ...
 
selain fauziah ashari , aku minat dengan norhayati ibrahim , aisya sofea ..... (yang tengah popular filem Adam & Hawa .... kat bawah ni kulit buku nya ..
 
 
kalau dah layan memang susah lah nak stop tapi bila nak start baca aduhh .. ada je halangan :)
satu - satunya novelis lelaki yang aku suka ,
 
Ahadiat Akashah ... perrr memang best la....
 
bukan senang nak jatuh cinta dengan hasil nurkilan lelaki ..
 
ni cover novel dedulu ... sekarang ni dah pakai gambar si farid kamil dan lisa surihani ...
 
lama juga la... aku stop layan novel 2 tahun lebih. (almaklumlahh... dah kahwin busy plak dengan suami)
 
pula masih belum dikurniakan rezeki (anak) aku start balik layan novel ....
 
disebabkan faktor - faktor yang tak dapat dielakkan , yelah nak pergi ke book store mencari novel - novel terbaru memang malas la
 
jadi .... aku seaching la website last jumpa kaki novel website , ok gak sekarang dah banyak novelis muda -  muda dan jalan cerita yang buat aku ketawa macam aku plak dalam watak utama ...korang boleh juga buka karya seni website memang tak bosan lah hidup.
 
kalau nak tahu aku ni sudah mempengaruhi ramai lah kengkawan layan novel ye lahh.. dari duk sembang benda yang berfaedah baik layan novel.
 
tapi ... betul ke orang cakap orang yang layan novel ni ,
realitinya sendirian...
kehidupan penuh dengan hayalan ...
nak kan perfert macam dalam novel ..
simpan impian macam dalam watak utama ...
nak pasangan macam dalam novel ...
 
entahlah .. memang tak nafikan bila baca novel kita rasa macam kita dalam hidup watak dalam novel ni tapi tak ada la sampai tak sedar diri ...
 
apa apa pun bagi aku tak semestinya orang macam aku dan somebody yang layan novel ni macam tu ...

 
mungkin sebab novel ni hobi aku jadi tak kesah la orang nak kata apa kan ..
novel ni ... boleh buat  aku
menagis ..
ketawa ..
tersenyum ...
bahagia...
malah .... ada moral of story  , senang cakap aku boleh belajar menghadapi rentak - rentak kehidupan manusia ...