Thursday, September 19, 2013

SABAH bahhh...

15 September 2013 - Ahad  
KL - KOTA KINABALU AIRPORT                                

Tiba airport  Kota Kinabalu Sabah. Kita , encik suami & group ke Tanjung Aru. Dlm  setengah jam , patah balik ke airport amik satu lagi group.  

Mesti pelik kenapa sampai tak sama kan.. Kami yg staff naik flight jam 6.30 pagi yg bos - bos naik flight kul 7.30 pagi... Paling kesian flight diorang delay , kul 8.30 pagi baru boarding. Sebab tu kami yg flight awal boleh jalan - jalan sebentar, tapi dlm group kami ada bos dan family encik suami sekali. Sporting bos ni , bukan nak bodek. Time kerja bos time holiday , holiday boleh gurau gurau lagi. Tu yg untung bos lain bangsa. 


Tanjung Aru Sabah, macam pantai morib sebab pantainya bila air surut boleh jalan sampai ke tengah laut la. Masa  sampai tadi panas la sebab tengah pantai kan. Berpeluh gak la encik suami. Hahahaha ....sampai 2kali minum air kelapa nasib la harga RM 1.00. Ada plak jual durian DS katanya durian Sabah sampai RM20 sekilo. Makk aiii kulit je dah berat. Jalan - jalan pantai Tanjung Aru  biasa2 je... Tapi relax juga sambil encik suami layan kerenah Wife gemor snap gambar.



Tour guide bagi tahu, kami ni bagus booking hotel awal sebab hari ni saja semua hotel kebanyakkan sudah penuh kebetulan esok adalah hari  sambutan  Malaysia  16 September 2013.  Dijangka hampir 50 ribu org akan mengunjungi event ni. Yang penting PM datang siap masuk TV tau.


TQ sangat pada mrs. Liew. Bos yg best la.. Nama bos tapi aktiviti dia yg uruskan tak payah pakai staff. Kita memang suka bila join famili trip encik suami kita. Paling terharu , bab makan. " amat .. Ini tempat tarak tulis halal tapi ini tempat saya sudah check halal ke tidak. Jangan risau aa.. Ini boleh makan" kebajikan staff Melayu memang dia jaga.  Kita pun tak ambik remeh benda hukum hakam, kita pun check juga samping tinjau tinjau persekitaran , tanya dalam diri , tawakal pada ALLAH  Insyaallah. 

Kemudian , kami semua dibawa untuk lunch di Restoran Sei Melaka. 


KOTA KINABALU AIRPORT - KUNDASANG             

Makan tengahari di restoran sri Melaka. Makanannya biasa saja ... Yg special   Aku makan sup ikan , bukan ikan biasa tapi ikan jerung. Wahhh.... Sedap dalam ada sekali sarang burung. Tak pelik sebenarnya sebab ni company trip encik suami majoriti chinese. Nak tahu ... Dalam group ni ada 30 dewasa & 7 kanak-kanak. Melayu hanya 3 org , seorang Sinkh yg balance China la. Lepas makan tengahari bertolak ke kundasang. Excited betul dalam hari ni... First time  ke Sabah. Kata tour guide , dari resort ya kami tidur boleh nampak gunung Kinabalu. Tak sabar teman, selalu tengok dalam tv dan internet je kali ni tengok dengan mata sendiri.                    

Bila perut kenyang... Dlm bas dengan air corn apa lagi terlelap la sambil layan pemandangan.
sup ikan jerung

KUNDASANG - KINABALU PINE RESORT    
          

bilik J3

Kinabalu Pine Resort atas bukit kena mendaki la .. aduhaiii



Dari Kota Kinabalu amik masa dalam 3 jam untuk sampai Kinabalu pine resort . No bilik J3 tapi yg tak best katil twin... 

Sebelum sampai tadi , kami singgah ke Nabalu fruits shop, beli sedikit buah tangan utk yg tersayang hehehehe... Sempat gak rembat 2 helai t-shirt. Encik suami plak colour saya plak pink colour hehehehe ...

Rest... Kemas2  sikit apa yg patut.

Mandi kemudian g round tepi jalan... Sayur dan buah-buahkan memang segar kalah kat tempat lain, macam Cameron highland. Rasa macam nak beli je sayur tapi sebab ada 2 hari lagi, alamatnya layu la...

Perut dah berdondang sayang. Sambil tunggu layan jap internet nasib baik ada WiFi free, laju plak tu hehehehe.. Bukan layan pe pun FB  je.. Post la skit gambar utk tatapan tersayang hehehehe.. (Padahal nak bagi org jeles... Hehehehe tak la memainkan je..) 
7 malam start makan, chinesstail makan .. Steamboat makan dengan chopstick memang terkial la, Alhamdulillah ada garfu lepas encik suami minta pada pelayan ...Masa ni bukan aku je yg paling lapar , kawan encik suami si alex paling lapar gak, jangan malu2 makan saja ma... Satu meja 10 org makan, tengok je stail diorang so ikut la mana yg patut rebus dulu mana yg makan dulu. 















Bergambar gambar mata pun dah layu... Tidur la jawapannya tapi lepas main candu crash hehehehe.. wajib 
                                                                      
16 September 2013 - Isnin 
PORING HOT SPRING



Jam 7.10 pagi kami breakfast. Makan bihun (tawar tak rasa apa) , Hot dog , telur dadar siap ada hirisan cili padi. Kentang goreng, bubur nasi, nescafe + jus oren. Ada lagi.. Roti bakar dengan jem + butter.



Tunggu bas  nak ke Hot poring spring, bergambar tak lah sebentar hampir setengah jam lah. Di resort kinabalu pine . Dah 3 company mana tak lama... Bergambar background gunung Kinabalu. Cantik giler la... Tenang je. Siapa kata Malaysia ni tak cantik, dalam hati bersyukur dengan keindahan Allah.  Hutan memang tempat paling takut la .. Tapi hutan di sini menenangkan jiwa... Fikiran kosong sekosongnya la...  Tak ingat apa -apa hal kerja. Sampaikan encik suami pesan, ma jangan hilangkan kertas putih ni karang tak boleh bilik. Senang je jawab , alah... jadi org Sabah je la hahahaha ....











Tiba Hot poring spring , kami naik Kinabalu park (world heritage site) Dipandu dengan mr. alfred. Sebelum nak sampai ke jambatan kena daki bukit skit ikut treck yg di buat, jarak antara 250 'meter. Dalam hati, tak jauh la.. mcm jarak hotel mubarak silvermadinan dengan masjid nabawi je.. amboi sempat exsen jap, tu jalan lurus ni jalan bukit. hampir give up la gak. malu skit dengan budak2  lain anak kawan encik suami pun laju tak kan aku plak tak larat. sian encik suami kena tunggu kita. sayang punya pasal walau buat muka skit la sambil membebel tu la suruh tunggu bawah tak nak , alasan tak ada kawan la....  kita bukan apa kita nak cabar diri kita je kan. Kuatkan semangat dan teruskan sampai ke check point jambatan pokok.

Paling best dan pengalaman yg tak dapat dilupakan, naik jambatan gantung antara pokok . Kita lalui 4 jambatan, memang mencabar. First time naik jambatan pijak je jambatan yang hanya sehala saja dan hanya 6 org saja dlm satu satu masa naik jambatan. Bila di kaji dan di nilai hehehehe... Kita dengan encik suami tak boleh sampai 6 org , tengok saiz... Hehehehe jadi kita , encik suami dan ivan gerak sama. Risau plak tak pasal putus jambatan ni hehehehe ..

Firt jambatan ok.. Mata tak tengok bawah langsung second jambatan pun ok... Jambatan ke 3 menguji la.. dah la panjang pas tu tengah2 jambatan tingginya dari aras sungai ... mata ni gatal nak tengok bawah sebab dengar air sungai deras. Tu yg jadi gayat sebentar, kuat semangat skit bila tengok encik suami di depan... Padahal masa first jambatan sy yg first hehehehe...setapak setapak , kaki plak slot je langkah.



Sampai check point last .. baru rasa lutut dan seluruh kaki nak tercabut senang cakap menggigil la hehehehe...  Tu pun turun bukit kaki dah lembik.


tourist yang meninggal selepas naik jambatan

Rehat jap di restoran tepi jalan. Yang pelik skit air teh o ais gula tak larut, kena kacau sendiri memang lambat la sebab air sejuk. Nak tak nak kacau la... Sambil tunggu nak balik  resort untuk lunch kami minum air saja dan berborak dengan 2 tour guide. Eh .... Lupa nak bagi tahu, minum dengan encik suami , din , acong yg 2 guide tu nama nya kamarul dan alfred.



KINABALU PARK 




Sebelum balik ke kota Kinabalu , kami melawat ke Kinabalu park. Terletak di atas bukit , sejuk tak payah cakap. 


















Kinabalu park ni seperti muzium. Banyak gambar yang menggambarkan sejarah Sabah. Selain sejarah dan gambar gunung Kinabalu, gambar tumbuhan dan haiwan yang terdapat di Sabah. Tak banyak sangat yang berbeza dengan semenanjung.  Kawasan pameran ni tak besar sangat di tingkat atas, dibawahnya ada kedai cenderahati. Ada lah skit yg di rembat untuk buat yg tersayang. Dalam kepala duk cari mutiara Sabah je, tak besar kecil jadi la itu pun bentuk kesongsang. Sesuai la utk perempuan. Tak lupa gak nak beli teh Sabah , nak rasa apa bezanya. Ada je dlm hotel tapi asik lupa nak bawa balik hehehehe.. Dlm hotel tak nak minum sebab setiap hari dan setiap kali time makan teh China je minum. 


Ambil masa dalam 1 jam lebih saja lawatannya. Kami pun bergerak semula. Dalam perjalanan , biasa di semenanjung tepi jalan jual minyak kan ? Tapi kat sini kaki bukit jual air untuk bas. Kata tour guide untuk sejukkan enjin bas. Sekali isi RM 2 , itu pun dengan kejujuran kita nak membayar sebab tak ada penjaga. Masukkan saja dalam lubang yang telah disediakan di kaunter. 

Jam 5 petang , Alhamdulillah selamat sampai di Oreintal Sabah. Check in nombor bilik 523. Hehehehe..  Ambil saja kad bilik, apa lagi naik terus sebab jam 7 karang dah nak turun plak utk dinner.

Dinner kami akan ke kampung nelayan seafoad. Apa yang nelayan ntah la. Yang best makan atas air, bukan boat tapi restoran dibina atas air. Sambil makan boleh tengok tarian kebangsaan. Seronok je tengok joget - joget ni. Habis show , ambik gambar dengan penari nya.


sup jagung

sup



Dah kenyang ,kami balik hotel untuk rehat.  Esok jam 6.30 pagi dah breakfast. Pagi giler ... Encik suami kata , waktu ni dah terang menderang tak ada nya pagi giler. Hehehehe ...

17 September 2013 - Selasa
CITY TOUR KOTA KINABALU 

5.45 pagi ... awalnya. Kalau kat KL maunya tidur lagi. Encik suami macam biasa dia mandi dulu. Dengan malas mandi gak la. Tepat jam 6.30 pagi kami dah tin cafe hotel untuk breakfast. Orang pertama ni hahahaha ... Makan la apa yang patut untuk isi perut supaya tak lapar. 

Jam dah kul 8.11  pagi ...  masih menunggu untuk start city tour. Kata guide hari ini akan ke pasar Filipina , macam - macam boleh beli. Dlm kepala dah set apa nak beli hehehehe ... Encik suami siap - siap la ongkos nya hehehehe ...

SABAH FOUNDATION

Emm.. puas tunggu bas sebabkan trafik jem ... first lawatan ke Sabah Foundation. Tak besar mana pun, yang ada cuma bangunan Yayasan Sabah yang baru dibina dan arca orang utan. Bergambar sebentar ...

MASJID BANDARAYA SABAH  = LIKAS FLOATING MOSQUE  



Excited nak masuk masjid tapi tak dapat .. Encik suami pakai suar pendek. Dulu masjid ni pernah menjadi masjid tercantik di Malaysia. Selepas masjid kristal dibina, tak pasti sudah jadi masjid yg ke berapa cantik. Boleh memuatkan hampir 12,000 jemaah dalam satu satu masa. Seni bina ambil contoh disigner dari masjid nabawi Madinah. Yang menarik , masjid ni macam masjid terapung. Di kelilingi air , ingatkan air sungai atau air yang ditambak , rupanya air laut. Nak cerita macam mana air laut boleh masuk dalam sekeliling masjid panjang plak cerita nya. Kena Google la cari sejarah masjid ni. Tour guide kata , ada ikan sampaikan ada yang memancing di sini. Ishhh ... nak solat ke nak tangkap ikan.  Masjid ni dibina atas sumbangan rakyat tempatan untuk kemudahan penduduk setempat. Semoga hamba Allah ini mendapat Kerahmatan dariNya, amin.. Besar pahalakan.

Singgah sebentar ke chinese tample , kita dan encik suami tak masuk. Yang lain masuk nak sembahyang kata nya... Jadi kita duduk dalam bas sambil taip nota ni. Encik suami dan din buat apa lagi sedut dan kuat asap la (merokok).

FILIPINO MARKET

Masa di beri sampai jam 1.30 petang. Kita , encik suami , din dan acong pergi la jalan - jalan kota Kinabalu. Disebabkan acong pernah datang sini , jadi dia lah yang jadi tour guide tak rasmi kami. 

Minum air kelapa sebentar , isi air dulu karang nak jalan jauh hehehehe .. Ye la tu. Tak pasal - pasal ke toilet je kita ni. Punya la besar buah kelapa ni. Memang tak abis la minum seorang. Kita siap minta adik ni bungkuskan. Encik suami dah kembong air kelapa hehehehe.. 






Sebenarnya nama tempat ni handcraf market, disebabkan pasar ni tepi pantai dan bersebelahan pantai Filipina dan terletaknya jeti untuk ke Filipina maka dinamakan Filipino market. Kat sini, macam - macam boleh beli , bukan sahaja cenderahati malah mutiara Sabah juga ada. Tinggal pandai tawar menawar sahaja.  Pasar ni bersebelahan dengan bandar kota Kinabalu.





kuda laut 

KOTA KINABALU CITY

Berjalanlah kami semua di bandar kota Kinabalu. Bandar separuh pekan separuh sudah di bina dengan bangunan baru. Sebenarnya dekat je dari hotel yang kami menginap tapi yg la orang luar mana tahu nak jalan sendiri. Itu pun kalau naik teksi dalam RM 15 untuk ke bandar ni.

Kita beli gelang mutiara, teringat macam dapat dari kawan Sabah sebiji sama la. Beli yg origanal tau hehehehe... Mutiara Sabah ni dah terlalu banyak di Sabah jadi harga pun berpatutan.  Kemudian sambung jalan beli kuih cincin dan Ampang. Mesti pelik kan nama nya ? kita dah biasa makan sebab kat opis selalu ada orang bawa. Encik suami la yang pelik - pelik sikit. Tak banyak pun beli makanan & barang - barang lain, sebab kena fikir kita ni naik air Asia berat tak boleh lebih dari 7 kg.

Perut pun dah lapar, emm... Kedai kat sini jangan pelik. Signboard dan menu ada dua bahasa iaitu Melayu dan China. Dlm kedai pun pekerjanya pun campur Melayu dan China. Customer pun sama ada Melayu dan China. Kat sini memang macam ni semua campur tapi Insyaallah tiada makanan tak halal. Kita pun makan nasi campur dan teh ais. Encik suami dan kawan yang lain pun sama cuma air bukan chines tea hehehehe..

Jeling jam ada masa lagi,  sambung jalan - jalan lagi. Sampai la time out naik bas ke AirPort kota Kinabalu untuk flight balik kuala lumpur.