Friday, July 27, 2012

- Sampainya Hati Mu -

Sampai hati.... ntah keberapa kali aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Berteleku selepas solat asar semalam. Ya Allah pada Engkau aku mengadu jika dia bukan sahabat aku jauhi la daripada aku, jika dia memang sahabat aku dunia akhirat dekatkan lah kami seperti dahulu.


Satu persatu kembali (macam dalam drama plak) ... terdetik , betul ke apa yang aku rasa ni...


Apa yang aku ada sama seperti yang dia perolehi .. aku betul2 tak sedar tapi bila semalam " F " bukan nama sebenar tersasul aku tersentak. Istifar banyak - banyak shima................................ Ya Allah bantulah aku.


Perlukah aku bersemuka dengan kau (wahai sahabat) .. 


Menyesal.. ishh.. tak pernah terdetik perkataan itu dengan kau. Sayangnya aku pada kau dah macam adik beradik. Memang paling tak sangka kau boleh bercerita dibelakang aku.


C.E.M.B.U.R.U   janganlah ada dalam hati kau , tak senang ke bila kau lihat aku B.A.H.A.G.I.A 


Aku lah paling G.E.M.B.I.R.A bila kau terseyum ceria sahabat.