Wednesday, November 7, 2012

Hargaikah kita ?

Hargai ....
Mudah sahaja ungkapan tu. Kadang-kadang terdetik dalam diri ni , menghargai tu sama macam ikhlas ke ? Bila kita ikhlas , hanya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui sejauh mana kita ikhlas.

Mungkin sebab saya dilahirkan dalam keluarga yang pegang pada perasaan mengHARGAI. Kepayahan malah kesusahan yang mengajar erti sebuah kehidupan. Malah saya bersyukur dengan pengalaman hidup , saya menjadi seorang Insan hari ini.

Saya hargai pengorbanan emak dan ayah saya. Tapi bila berhadapan dengan ragam manusia yang tak pernah nak mengHARGAI orang lain ,saya tertanya pada diri saya. Adakah saya juga begitu ?

Sedar tak kita , tanpa orang lain kita tidak akan berjaya walaupun usaha itu datang daripada kita.

Tanpa pengorbanan ibu ayah boleh kah kita sampai di sini ?
Tanpa pengorbanan keluarga boleh kah kita berada di sini ?
Tanpa pengorbanan suami & isteri boleh kah kita bahagia hingga saat ini ?
Tanpa pengorbanan sahabat boleh kah kita tidak sunyi ?
Tanpa pengorbanan majikan & pekerja bolah kah syarikat berada di tahap ini ?

Tak kira kita ni dari mana asal , hargai lah apa yang ada sekarang..
Hargai lah apa yang kita kecapi sekarang ..
Hargai lah kasih sayang sekeliling kita ...
Hargai lah tanggungjawab serta pengorbanan mereka untuk kita ..

Dengan mengHARGAI kita tidak mudah lupa siapa kita