Friday, October 5, 2012

~ Kita Sahabat Dia ~

Jangan wujudkan rasa jemu atau putus asa dalam persahabatan ,
 
Jangan jemu nasihatkan dia sekiranya apa yang dia lakukan itu salah ,
 
Jangan jemu menghulurkan bantuan walaupun dia tidak meminta pertolongan kita ,
 
Jangan jemu memberi kasih sayang walaupun kita tahu dia mungkin lebih sayangkan orang lain daripada kita ,
 
Jangan sesekali ada perasaan jemu dan putus asa dalam persahabatan ,
 
Percayalah tak rugi kita sayangkan sahabat kita walaupun mungkin suatu hari nanti dia sudah tidak perlukan kita ,
 
Tetapi sekali dia menjadi sahabat kita ,
 
Kita akan terus jadi sahabat dia sehingga akhir hayat ,
 
Soal dapat balasan daripada sahabat kita tu soal ke kedua ,
 
Janji kita ikhlas dan kita sudah cuba yang terbaik untuk menjadi sahabat yang terbaik pada dia.
 
~ sha ibrahim ~

No comments:

Post a Comment