Sunday, November 3, 2013

Debaran Korea

Tak sabar nak tunggu 8 Nov ni ... Trip ke Korea la..
Huhuhu... Walaupun aku dah pernah pergi sebelum ni , tapi kali ni lain sikit sebab bawa encik suami sekali. 

Mungkin tak banyak beza kot tempat yang akan aku dan encik suami pergi. Kali ni juga lah ramai yang pergi bersama suami @ isteri hehehe ... Seronok kan macam honeymoon lagi sekali.

Pada mereka yang first time nak pergi ni , aku nasihatkan kamu semua jangan lupa bawalah makanan yang mencukupi. Bukan apa di sana susah nak dapat makanan 100% halal. Bukan makanan je , bab minuman pun sama. Jadi yang memang jenis mengunyah je kerjanya , dinasihatkan bawalah kudap kudap dari Malaysia.

Bab shopping plak , jangan risau. Barang made in China tak ada. Tak tahu la sekarang ni ada ke tidak. Sebab masa aku pergi dulu , tour guide ada bagi tahu di Korea memang mementingkan barangan made in Korea. Itu sebab samsung , hyundai , sonata dan seangkatannya di pandang tinggi. Bangga betul rakyat Korea sendiri guna barang made negara mereka.

Di Malaysia demam K Pop kan ... Aku nak jumpa orang macam K Pop susahnya.... Mungkin kena pergi betul betul town kot. Lagi satu , orang Korea ni semua nya akan buat pembedahan plastik. Tak hairan sebab doktor dan family sendiri menggalakkan orang Korea buat pembedahan plastik. Bukan setakat rupa , anggota badan pun mereka buat contoh kaki. Perasan tak kaki orang Korea cantik ? 

Ok lah ... Aku nak tengok information yang terbaru tentang Korea. Selain wether , currency ....  apa lagi selain gambar yang menarik... 

Annyoseyo ....

No comments:

Post a Comment